Saturday, December 1, 2012

CONTOH RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL KSSR


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN MORAL KSSR

1.  Mata Pelajaran dan Kelas          :  Pendidikan Moral, Tahun 3 Cempaka
2.  Nilai / Tajuk                                    :  Kerajinan / Usaha Tangga Kejayaan
3.  Masa                                               :  10.40 -11.40 pagi (60 minit)
4.  Standard Pembelajaran             :  9.1.1, 9.1.2, 9.1.3, 9.1.4
5.  Objektif Pembelajaran               : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:      
Penaakulan    :  i. menyatakan sekurang-kurangnya 3 cara bersikap rajin di sekolah.
                           ii. menyatakan sekurang-kurangnya  3 kepentingan bersikap rajin di sekolah
Perasaan      :  menceritakan sekurang-kurangnya 1 perasaan apabila bersikap rajin di sekolah
Perlakuan           :  menunjukkan sikap rajin di sekolah.

6.  Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
Set induksi:
  1. Guru menunjukkan gambar-gambar sebuah cerita, “Kura-kura dengan arnab”.
  2. Guru bersoal jawab dengan murid.

Langkah 1:
  1. Guru menjana idea dengan meminta murid bercerita berdasarkan gambar-gambar tersebut.
  2. Guru menjana idea dengan meminta murid memberi pendapat tentang nilai-nilai dalam cerita tersebut dengan menggunakan thinking tool (Bubble Map).
  3. Guru menjelaskan nilai kerajinan.
Langkah 2:
i.              Guru mempaparkan teks cerita dan murid diminta membaca teks tersebut.
ii.             Guru menggunakan thinking tool (Human Flow Map) untuk memastikan kefahaman murid terhadap cerita tersebut.
iii.            Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di sekolah dan kepentingan bersikap rajin.

Langkah 3:
i.              Dalam kumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari 2 gambar berkaitan kerajinan di sekolah.
ii.             Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan gambar-gambar tersebut.
iii.            Murid menjelaskan kepentingan bersikap rajin secara lisan.

Penutup:
Guru membuat kesimpulan.

7.  EMK:
              i.      Kreativiti & inovasi – menjana idea, sumbangsaran
              ii.     TMK  - Menggunakan internet

8.  Bahan Bantu Belajar:
        Gambar-gambar cerita, gambar-gambar kerajinan, lembaran kerja, peta buih

9.  Penilaian PnP:
i.      lembaran kerja (Nyatakan aktiviti-aktiviti kerajinan di sekolah)
ii.     gambar-gambar yang diakses oleh murid daripada internet
iii.    murid dapat menceritakan perasaan apabila bersikap rajin

10. Refleksi
             i.   30 orang murid  telah mencapai objektif yang ditetapkan.
             ii.  3 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.