WELCOME TO MY SPACE
Friday, February 8, 2013
Saturday, December 1, 2012
CONTOH RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL KSSR
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN MORAL KSSR
1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan Moral, Tahun 3 Cempaka
2. Nilai / Tajuk :
Kerajinan / Usaha Tangga Kejayaan
3. Masa : 10.40 -11.40 pagi (60
minit)
4. Standard Pembelajaran : 9.1.1, 9.1.2, 9.1.3, 9.1.4
5. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Penaakulan :
i. menyatakan sekurang-kurangnya 3 cara bersikap rajin di sekolah.
ii. menyatakan sekurang-kurangnya 3 kepentingan
bersikap rajin di sekolah
Perasaan :
menceritakan sekurang-kurangnya 1 perasaan apabila bersikap rajin di sekolah
Perlakuan
: menunjukkan sikap rajin di
sekolah.
6. Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
Set induksi:
- Guru menunjukkan gambar-gambar sebuah cerita, “Kura-kura dengan arnab”.
- Guru bersoal jawab dengan murid.
Langkah
1:
- Guru menjana idea dengan meminta murid bercerita berdasarkan gambar-gambar tersebut.
- Guru menjana idea dengan meminta murid memberi pendapat tentang nilai-nilai dalam cerita tersebut dengan menggunakan thinking tool (Bubble Map).
- Guru menjelaskan nilai kerajinan.
Langkah 2:
i.
Guru mempaparkan teks cerita dan murid
diminta membaca teks tersebut.
ii.
Guru menggunakan thinking tool (Human Flow Map) untuk memastikan kefahaman murid
terhadap cerita tersebut.
iii.
Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan
aktiviti-aktiviti di sekolah dan kepentingan bersikap rajin.
Langkah 3:
i.
Dalam kumpulan, murid menggunakan internet
untuk mencari 2 gambar berkaitan kerajinan di sekolah.
ii.
Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan
gambar-gambar tersebut.
iii.
Murid menjelaskan kepentingan bersikap
rajin secara lisan.
Penutup:
Guru membuat kesimpulan.
7. EMK:
i. Kreativiti & inovasi – menjana idea,
sumbangsaran
ii. TMK - Menggunakan
internet
8. Bahan Bantu Belajar:
Gambar-gambar
cerita, gambar-gambar kerajinan, lembaran kerja, peta buih
9. Penilaian PnP:
i. lembaran kerja (Nyatakan aktiviti-aktiviti kerajinan di sekolah)
ii. gambar-gambar yang diakses oleh murid daripada internet
iii. murid dapat menceritakan perasaan apabila bersikap rajin
10. Refleksi
i. 30 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan.
ii. 3 orang murid akan diberi latihan pemulihan
sebelum waktu pelajaran akan datang.
Wednesday, November 21, 2012
Definisi NIlai Murni
Definisi Nilai Murni
Kepercayaan
kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras
dengan prinsip Rukun Negara.
Baik
hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri
dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.
Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna.
Berterima
kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan
dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
Hemah
tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian.
Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi
layanan yang bersopan serta menghormati peraturan institusi social.
Kasih
sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.
Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan
tabah.
Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.
Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan
bersemangat dalam malakukan sesuatu perkara.
Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.
Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi
kesejahteraan hidup.
Thursday, November 15, 2012
Wednesday, November 14, 2012
道德价值注释
信奉上苍
相信上苍的存在。祂是宇宙的创造者,必须听从祂的旨意,并以宗教信仰及遵守国家原则为基础。
善良
关注自己和别人的感受与福利,真心诚意给予协助和精神上的支持。
负责任
乐意完善地承担和履行责任与本分。
感谢
对别人所给予的服务、协助、贡献或赠品用语言与行动表现谢意。
崇高的品德
在日常生活中的交往,要以礼待人并具有崇高的个人品格
尊重
珍惜、尊重及有礼地对待每个人,并尊崇社团机构的条规。
仁爱
爱是发自内心、真诚、深切且持久的情操。
公正
做出公正与不偏不倚的行为和决定。
勇敢
坚强和自信地面对挑战。
诚实
说实话,对人真诚,为人诚恳。
勤勉
以勤勉,坚强,不屈不饶,热诚与上进心,持之以恒地做每件事。
合作
为了共同利益,随时乐意献出自己的力量。
中庸
做考量时不偏激,表现适度的言行举止,同时适度地照顾个人和他人的利益。
礼让
人人应该互相忍让、忍耐和自制,以创造安宁美好的生活。
Subscribe to:
Posts (Atom)